Selasa, 28 Mei 2013

...TIPULAH KALAU AKU TAK RINDUKANNYA...

Assalamualaikum w.b.t
 
Seperti biasa blog kegemaranku inilah tempat aku luahkan perasaan terpendam dan kongsikannya ke seentero dunia. Itu pun kalau ada yang nak pandang. Kalau tak ada? Tak per, aku tetap nak post kan something jugak! Korang ader???=)
 
2, 3 hari yang lepas budak-budak baru matrik bagi sesi 2013/14 baru sahaja selesai mendaftar. Bila aku tengok gambar kekawan office dulu-dulu postkan kat FB memang hati sedikit goyah. Aku tak tahu dalam hati aku rasa apa. Tapi, satu jer yang aku boleh luahkan...iaitu RINDU! aku merinduinya!
 
Bila aku tengok gambar-gambar itu, aku terasa rindu untuk mengulangi saat-saat indah sewaktu berkhidmat di matrikulasi Kedah. KMK! Ya, memang tempat yang indah semegah namanya. Dan, hari pendaftaran di sana sememangnya hari yang sangat menyeronokkan. Bukan kepada para pelajar baru yang akan tamat orientasinya sahaja, malahan buat semua kakitangan pensyarahnya juga. Mana tidaknya, mereka akan bersama-sama dengan para pelajar ini di dalam satu dewan. Diraikan, dan diperkenalkan.
 
Biasanya sambutan hari guru juga akan diadakan serentak pada hari tersebut. Maka adalah persembahan oleh pelajar dan tidak kurang juga oleh pensyarah. Paling best waktu makan-makan. Segala kepenatan membuat persiapan pada hari-hari sebelum pendaftaran itu bagaikan hilang sekelip mata. Setelah puas dan seronok melihat semuanya berjalan dengan lancar. Bagaikan fieta dengan kedatangan ibubapa penjaga, orang ramai yang berpusu-pusu ke gerai-gerai jualan memang sungguh meriah.
 
Namun, takdir dan waktu telah menjarakkan aku dengan semua itu. TIPULAH jika aku tidak merinduinya. Aku doakan agar semua rakan-rakan pensyarah di matrikulasi Kedah yang masih diizinkan Allah untuk berkhidmat, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, dan anak bagsa kita. Anda bertuah kerana masih berada di situ. Walaubagaimana pun, aku tetap redha dan bersyukur dengan keadaan aku sekarang ini. Dan aku juga bertuah kerana membuat keputusan untuk tinggalkan semua itu dahulu. Kalau tidak mungkin aku tidak miliki apa yang menjadi milikku sekarang. Inilah ketentuan Allah...
 
Semoga semuanya terus Berjaya dan doakanlah kejayaan buat diriku sekeluarga juga. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan