Sekelip mata sahaja, semua kenangan di tahun 2012 telah pun berlalu. Membawa bersama kenangan suka, duka, pahit dan manis. Tup-tup...dah masuk 2013 dan sekarang telah pun mencapai bulannya yang ke-5. Ya Allah, haiii...sekejap benar masa berlalu!
Setelah sekian lama tak mencoretkan apa-apa diruangan blog ini, akhirnya Alhamdulillah ada masa juga untuk aku catatkan sesuatu. Sebenarnya, diam aku bukan menyepi! Diamku tak beerti aku membisu! Diamku juga bukan kerana aku akur dengan kekalahan...berjuang dengan waktu... mengejar masa yang begitu pantas berlalu.
Tetapi, diamku dari alam maya ini sebenarnya disebabkan masa-masa itu terpaksa ku isikan dengan sesuatu yang lebih penting. Sesuatu perkara yang lebih baik dan yang lebih bermakna bagi diriku. Iaitu menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bayi comelku, my hero....my lovely bucuk-bucuk ku...MOHAMMAD NAUFAL...Alhamdulillah, dia sihat walafiat dan sekarang sudah pun memasuki usianya...8 bulan...Dah pun besar anak ibu...saying dia! Mmmmuah!!!
Kalau 2012 kehidupanku banyak berkisahkan tentang kesedihan, permulaan bagi 2013 ini berlainan pula kisahnya. SEJUJURNYA aku katakan, aku mula rasa bahagia dan mulai menerima kehidupan baru ku kini dengan seadanya. Aku juga TIDAK LAGI MALU UNTUK MENYATAKAN YANG AKU INI SURIRUMAHTANGGA SAHAJA! Dan, AKU BANGGA MENJADI SURIRUMAH!
Kalau dahulu aku berasa sangat "down" bilamana memikirkan tentang kesulitan dan kepayahan hidupku. Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kemudian, diuji pula dengan kehilangan anak yang meninggal akibat jantung. Ditambah lagi dengan tekanan-tekanan dek kerana kata-kata tajam dan sinis ekoran berhenti kerja. Namun kini, berkat kesabaran...Berkat doa...Berkat sokongan...Aku tidak lagi berasa "down" mahupun "tension". Apa yang aku rasa kini ialah, suatu semangat baru. Suatu kebangkitan baru buat diriku...malah, tiada lagi istilah kejatuhan dalam kamus hidup diriku.
Apa yang ada dalam jiwa dan diriku kini ialah suatu motivasi kendiri yang tinggi. Suatu tekad dan azam yang padu...suatu transformasi, ke arah kehidupan yang lebih baik lagi. Kalau dulu sewaktu bekerja, aku rasakan dririku perlu menjadi pekerja yang terbaik...namun kini aku berpijak pada bumi yang nyata, aku tidak lagi bekerja...Maka iltizamku ialah untuk menjadi seorang surirumahtangga yang terbaik dan membuktikan kepada semua bahawasanya keputusan aku ini adalah suatu keputusan yang tepat dan terbaik buat aku dan insan-insan yang aku sayangi.
Selepas hampir 2 tahun menjadi surirumahtangga, aku mulai beradaptasi dengan keadaan baruku itu dan telah menyedari betapa besarnya pengorbanan yang aku telah lakukan ini. Tidak semua wanita yang berkerjaya sepertiku dahulu, yang mampu membuat pengorbanan sebesar mana yang telah aku lakukan. Kini aku sedari, akulah seorang isteri!...aku juga seorang ibu!...maka, akan aku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku dan ibu yang terbaik buat anak-anak ku! BANGKITKU...DEMI YANG TERSAYANG...=)
Biar walau masih ada yang bersangkal buruk. Biar pun masih ada yang menghukum ku atas keputusan aku untuk menjadi surirumah 2 tahun yang lepas...Namun, aku tetap bulatkan hatiku, pekakkan telingaku dan menepis semua itu. Bagiku, hanya masa menjadi penawar yang terbaik buat duka. Suatu masa nanti, mereka yang negetif ini akan ketahui juga apa yang aku buat ini ada betulnya. Biarlah masa menjadi penentu segalanya...

WAHAI KAUM HAWA yang tidak bekerja dan menjadi seorang surirumah tangga, MENGAPA kita perlu MALU dengan status TIDAK BEKERJA ATAU SURI RUMAH tersebut? MENGAPA merasa HINA dengan gelaran itu? MENGAPA dikau jadikan PEKERJAAN YANG PALING MULIA ini sebagai suatu pekerjaan yang orang lain sesenang wenangnya boleh perkecilkan?...orang lain boleh perlekehkan? dan, dengan sewenangnya MULUT-MULUT JAHAT ini mengatakan kita, SURIRUMAH TANGGA adalah golongan yang TIDAK BERJAYA?...golongan yang TIADA MASA DEPAN?...yang hidupnya TERUMBANG AMBING?...
TIDAK! BANGKITLAH WAHAI rakan-rakan SURIRUMAH seperjuangan sekalian!...kita nafikan segala kata-kata mereka itu! Buktikanlah pada mereka, bahawasanya SURIRUMAHTANGGA seperti kitalah yang sebenarnya menjadi pemangkin kejayaan generasi di masa hadapan. SURRUMAH seperti kita inilah sebenarnya yang akan memulakan mencorak modal-modal insan yang terbilang. Sekaligus, kerana kita, SURIRUMAH jugalah maka keharmonian rumahtangga yang semakin hari semakin hilang keseriannya akan kembali terjalin, tersemai dan sekaligus membina keluarga bahagia. BANGKITLAH! JANGAN DIKAU RESAH, GUNDAH, SERBA SALAH ATAU TIDAK YAKININYA LAGI! KITA BOLEH!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan