Jumaat, 10 Mei 2013

...JADIKAN STATUS SURIRUMAH SUATU KERJAYA - PART 1...

Assalamualaikum w.b.t,
 
          Kali ini suka saya untuk kongsikan suatu cetusan ilmiah yang mana diharap dapatlah sedikit sebanyak menjadi bahan bacaan yang bermanfaat buat anda sebagai pembaca diluar sana. Tajuk yang terdetik di hati saya untuk dicoretkan pada kali ini ialah Status Surirumah, Jadikan Ia Suatu Kerjaya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tajuk ini yang dipilih?
 
          Ermmm...jawapannya tidak lain dan tidak bukan, kerana selaku penulis yang juga pernah mengalami perbedaan antara kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya dan kemudian beralih menjadi surirumah sepenuh masa dan kini telah pun memasuki tahun yang ke-2 bergelar surirumah...Alhamdulillah, saya terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak pengalaman-pengalam saya sendiri dalam melalui situasi yang bagi saya amat berat dan sukar untuk ditempuhi ini. Mana tidaknya, daripada berjawatan besar...berkerjaya hebat...berduit...tiba-tiba, menjadi surirumah tangga yang kalau dalam anggapan masyarakat kita, ianya merupakan suatu status yang paling bawah bagi seorang wanita. Benarkah begitu?
 
          Apakah yang anda terbayangkan dalam fikiran sekiranya anda bergelar seorang surirumah tangga? Apakah seperti ini? Iaitu seorang wanita yang dibahunya terbeban dengan segala macam kerja rumah, kerja seharian 24 jam tanpa henti! Mana lagi dengan nak mengemas rumahnya, dengan nak jaga anaknya, dengan nak masaknya, kemas rumah lagi, cuci baju, cuci pinggan mangkuk dan...oh! lain-lain lagi yang agak membebankan bukan sahaja pada mata yang memandang tetapi bahu yang memikulnya. Tangan yang dua terasa bagaikan tidak cukup. Dikiri mengendong anak, dikanan pula mahu memasak. Belum lagi dikira yang belum dibuat dan disiapkan. Kain baju perlu dibasuh, dijemur, diangkat, dilipat dan perlu pula disusun rapi di dalam almari. Arrrghhhh, Tensionnya!!!!
 
         
         Atau, gambaran anda pada seorang yang bergelar surirumah ialah seolah-olah begini? Iaitu seorang yang bijak dalam mengatur dan menguruskan waktu-waktunya setiap hari. Dimana setiap waktu, detik, saat dan masanya akan diisi dengan pelbagai aktiviti kebaikan untuk menjaga seisi keluarganya. Dia akan melakukan semuanya dengan hati yang tenang, dengan penuh kebaikan, dan dengan penuh kesabaran. Dia juga adalah seorang pengurus masa terbaik kerana dalam masa-masa yang terhad 24 jam itu, dia pandai untuk membahagikannya sebaik mungkin bagi memastikan segalanya dapat diselelsaikan tepat pada waktu yang diperuntukkan. Maka, dapatlah masa-masa itu dimanfaatkan sebaiknya bagi setiap minit yang terdetik dalam setiap hari urusannya. Tanpa ada satu pun yang keciciran. Tanpa ada satu pun yang akan terlepas dan tiada rasa penat. Masih tersenyum walaupun seharian bekerja kuat.
 
 
 
          Walau apa pun gambaran anda terhadap seorang surirumah, setiap orang ada persepsi mereka masing-masing. Dan, ianya berbeza antara satu sama lain. Itu tidak dapat kita nafikan. Tetapi, percayalah, jika anda lakukan semua itu dan setiap masa anda lakukan dengan seikhlas hati...tulus dari hati nurani anda. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya memikirkan untuk berkhidmat sebaik mungkin buat suami dan anak-anak, ternyata mana-mana pilihan gambaran di atas pun adalah terbaik buat anda selaku seorang surirumah. Bagi seorang wanita muslim pula...percayalah, setiap apa yang anda lakukan itu adalah pahala percuma yang mencurah-curah yang Allah berikan khas buat seorang isteri. Maka senyumlah selebar-lebarnya wahai kaum hawa yang bergelar surirumah, kerana setiap hari pun anda sedang dirahmati Allah dengan limpahan kasih saying dan pahalanya atas setiap pekerjaan dan perkhidmatan yang telah anda lakukan seikhlasnya itu. Bak kata Ustaz Azhar Idrus:
 
 
          Maka, sekiranya begitulah ganjaran yang diperolehi oleh seorang perempuan jika dia memilih untuk menjadi seorang surirumah...apakah lagi yang menjadi penyebab untuk anda tidak bersetuju atau mencemuh KERJAYA ini? Ya, ianya suatu kerjaya! Ianya layak dipanggil kerjaya kerana jika kita bekerja, apakah perkara pokok yang sebenarnya yang kita inginkan hasil daripada kerja-kerja yang kita lakukan itu? Betul, ganjaran! Iaitu berupa gaji bulanan yang akan setiap bulan masuk di dalam akaun bank anda. Atau juga ganjaran berupa kenaikan pangkat, mendapat harta yang banyak dan lain-lain lagi.
 
          Bagi surirumah, perkara yang sama juga berlaku. Ganjaran akan diperolehi di atas setiap gerak kerja dan perkhidmatan serta pengorbanan yang mereka telah lakukan. Cuma bezanya, ganjaran itu bukanlah dalam bentuk wang ringgit, harta benda atau kenaikan pangkat. Ianya  tidak nampak secara zahirnya di dunia, kerana keberkatannya kerjaya sebagai surirumah itu diganjarkan penuh bernilai di akhirat sana. Itupun yang kita semua kejarkan bukan? Kemuliaan di hari akhirat sana yang lebih diutamakan melebihi kemuliaan di dunia. Akhiratlah tempat terakhir yang setiap manusia akan jejaki.
 
          Dan, setiap haripun kita semakin menghampiri hari akhirat tersebut. Maka, jika anda seorang BERKERJAYA SEBAGAI SURIRUMAH, anda buatlah yang terbaik buat suami dan anak-anak anda, agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Jika Allah sukakannya, kenapa kita manusia dengan sewenangnya ingin memperkecilkan kerjaya tersebut dan mencemuhinya? Fikir-fikirkanlah tentang diri anda sendiri, apakah jika anda sekarang berkerjaya anda yakin kerja anda itu sedang dirahmati, diberkati dan diganjarkan pahala oleh Allah sepertimana seorang surirumah? Ermmm....renung-renugkan, selamat beramal! =)
 
 
...TO BE CONTINUE.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan