Apabila tiba sahaja Bulan Mei setiap tahun, dah tau sangat dah setiap kali 16 Mei mesti seluruh negara akan menyambut hari guru. Bertahun aku lalui sambutan hari guru ini sewaktu dizaman persekolah, tapi yang paling best dan tak dapat dilupakan ialah SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2001. Tahun itulah kami, geng-geng nakal 5Q akan menghadapi SPM. Bermaksud tahun itu jugalah kami geng-geng nakal 5Q bakal meninggalkan satu-satunya sekolah kesayangan kami yang telah menyatukan kami semenjak kami berusia 13 tahun lagi iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1.
Sekelip mata masa berlalu, tup-tup sudah hampir 12 tahun aku telah meninggalkan sekolah itu. Dan, maknanya meninggalkan kekawan 5Q...serta cikgu-cikgu...serta juga...kenangan-kenangan...Oh, sedihnya rasa bila fikirkan semua tu dah tinggal kenangan dan telah pun menjadi sejarah yang lepas...sejarah yang tidak mungkin kan berulang lagi....sedih juga sebab ianya membawa banyak maksud. Antaranya, ini bermaksud kami semua sudah pun tidak bersama lagi...mungkin juga antara kami sudah tidak sehaluan lagi...dan kegilaan kami juga mungkin tidak menjadi lagi sebab kami kini mungkin ada yang tidak sekepala dan yang paling-paling penting, ini bermakna yang kami tidak lagi muda!
Berbalik pada SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2001, ermm...memandangkan itu akan menjadi kali terakhir kami akan menyambut hari guru di sekolah tersebut...maka perancangan secara gila-gilanya diadakan oleh geng-geng kami. Semata-mata untuk meraikan cikgu-cikgu yang mengajar kami semua dan yang paling penting memberikan suatu hadiah yang terbaik bagi guru-guru kami pada hari tersebut.
Banyak cadangan, pandangan dan plan diaturkan. Daripada persiapan hiasan kelas, jamuan makan, hadiah-hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgu sehinggalah persembahan khas yang ingin dipersembahkan. Semuanya kami fikirkan sendiri untuk bagi yang terbaik buat cikgu. Tujuannya satu...harap-harap cikgu suka dan dapatlah mengubat kelukaan dan kemarahan mereka terhadap kenakalan kami. Dan, beginilah juga satu-satunya cara kami sebagai pelajar nakalmu ingin menghargai setiap jasa dan pengorbananmu buat kami dalam mencurahkan ilmu untuk mendidik kami semua.
Tiba pada hari guru itu, paling best bila SEBUAH KAD UCAPAN GERGASI dapat disiapkan oleh kami semua. Seronok tak terkata sebab kad gergasi itu dibentangkan ditingkat atas dimana disitulah kelas 5Q terletak. Pada kad itu tertera ucapan "TERIMA KASIH CIKGU!" dengan besar dan jelasnya. Semua guru kami dapat melihatnya dan senyuman terukir tanda gembira. Hati kami semua girang dan senyuman lebar sampai ke telinga rasanya.
Ada banyak lagi yang berlaku ketika dan pada hari yang penuh kenangan terindah itu. Mungkin disebabkan kelemahan ingatanku, maka tak banyak yang dapat aku tuliskan disini. Tetapi yang pasti sepanjang aku membuat coretan ini, senyuman sememangnya tidak lekang dibibirku. Kerana aku masih dapat rasakan betapa gembiranya aku dan kekawan pada dan ketika itu. Menyambut hari guru buat cikgu-cikgu yang kami kasihi dan ingati selalu.
Oh, alangkah rasa gembiranya hati sekiranya ada rakan-rakan geng-geng 5Q yang nakal itu turut sama berkongsi kegembiraan tentang kenangan indah ini. Catatkanlah kenangan indah anda juga. Agar kita sama-sama tidak terus lupa. Usia kita semakin menjangka tua...dan suatu hari nanti mungkin ada diantara kita...yang tidak mampu untuk mengingati ini semua.
Sesungguhnya, bagiku ianya suatu kenangan terindah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan