Selasa, 28 Mei 2013

...TIPULAH KALAU AKU TAK RINDUKANNYA...

Assalamualaikum w.b.t
 
Seperti biasa blog kegemaranku inilah tempat aku luahkan perasaan terpendam dan kongsikannya ke seentero dunia. Itu pun kalau ada yang nak pandang. Kalau tak ada? Tak per, aku tetap nak post kan something jugak! Korang ader???=)
 
2, 3 hari yang lepas budak-budak baru matrik bagi sesi 2013/14 baru sahaja selesai mendaftar. Bila aku tengok gambar kekawan office dulu-dulu postkan kat FB memang hati sedikit goyah. Aku tak tahu dalam hati aku rasa apa. Tapi, satu jer yang aku boleh luahkan...iaitu RINDU! aku merinduinya!
 
Bila aku tengok gambar-gambar itu, aku terasa rindu untuk mengulangi saat-saat indah sewaktu berkhidmat di matrikulasi Kedah. KMK! Ya, memang tempat yang indah semegah namanya. Dan, hari pendaftaran di sana sememangnya hari yang sangat menyeronokkan. Bukan kepada para pelajar baru yang akan tamat orientasinya sahaja, malahan buat semua kakitangan pensyarahnya juga. Mana tidaknya, mereka akan bersama-sama dengan para pelajar ini di dalam satu dewan. Diraikan, dan diperkenalkan.
 
Biasanya sambutan hari guru juga akan diadakan serentak pada hari tersebut. Maka adalah persembahan oleh pelajar dan tidak kurang juga oleh pensyarah. Paling best waktu makan-makan. Segala kepenatan membuat persiapan pada hari-hari sebelum pendaftaran itu bagaikan hilang sekelip mata. Setelah puas dan seronok melihat semuanya berjalan dengan lancar. Bagaikan fieta dengan kedatangan ibubapa penjaga, orang ramai yang berpusu-pusu ke gerai-gerai jualan memang sungguh meriah.
 
Namun, takdir dan waktu telah menjarakkan aku dengan semua itu. TIPULAH jika aku tidak merinduinya. Aku doakan agar semua rakan-rakan pensyarah di matrikulasi Kedah yang masih diizinkan Allah untuk berkhidmat, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, dan anak bagsa kita. Anda bertuah kerana masih berada di situ. Walaubagaimana pun, aku tetap redha dan bersyukur dengan keadaan aku sekarang ini. Dan aku juga bertuah kerana membuat keputusan untuk tinggalkan semua itu dahulu. Kalau tidak mungkin aku tidak miliki apa yang menjadi milikku sekarang. Inilah ketentuan Allah...
 
Semoga semuanya terus Berjaya dan doakanlah kejayaan buat diriku sekeluarga juga. Sekian, terima kasih.

...SURIRUMAH: SUATU KERJAYA YANG HEBAT!!! - PART 2...

          Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t dapat saya menyambung semula apa yang telah saya coretkan pada artikel lepas iaitu berkaitan SURIRUMAH, jadikannya suatu kerjaya! Mudah-mudahan apa yang telah saya kongsikan pada coretan versi PART 1 yang lalu itu, walaupun singkat sahaja coretannya namun diharap dapat memberikan makna yang mendalam serta memotivasikan diri anda semua para pembaca di luar sana.

Ingat, berbanggalah kita walaupun status kita hanya surirumahtangga! Kerana, sebenarnya kerjaya kita inilah lebih besar pengorbanannya, lebih banyak ganjarannya dan lebih mulia pangkatnya bukan di dunia sahaja malahan di sisi Allah s.w.t. Itu yang paling penting! Jadi, tak salah jika kita puji sikit diri kita yang bergelar surirumah ini dengan satu perkataan...TERBAIEKKK!!! 


          Baru-baru ini dua orang anak saya telah dimasukkan ke dalam wad ekoran dijangkiti oleh ROTAVIRUS. Alangkah sedih hati apabila melihat anak-anak yang kebiasaannya sihat, ceria, terlompat sana-terlompat sini...tiba-tiba menjadi murung, pucat, lembik-letih dan lesu. Tidak bermaya dan tidak berupaya. Semuanya kerana mengalami demam panas, muntah-muntah dan akhirnya cirit-birit yang kerap. Inilah simptom-simptom jika anak-anak dijangkiti ROTAVIRUS.

          Ya Allah, hanya tuhan yang tahu jiwa saya seorang ibu apabila dua orang anak sekali gus perlu dijaga rapi di dalam wad...seorang diri! Sekadar perkongsian ilmu buat kita sesama kita, ROTAVIRUS ini adalah penyakit berjangkit yang ke-2 paling bahaya dan mampu membunuh kanak-kanak sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang tepat dengan kadar segera! Jadi, jika anak-anak anda mengalami perkara yang sama sepertimana anak-anak saya ini...dinasihatkan segeralah berjumpa dengan doktor. Janganlah dilambat-lambatkan, risau nanti kesan bahaya pada anak.
 

         Bukanlah kisah ROTAVIRUS ini yang saya ingin ceritakan dengan lebih lanjut. Inn shaa Allah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan mengenai tersebut. Tetapi, sepanjang 4 hari 3 malam di dalam wad menjaga dua orang anak yang sakit itu...ada sesuatu yang bermain difikiran saya. Dan, tanpa saya sedari saya sendiri yang mengungkapkan "Nasib baiklah dah tak kerja, boleh jaga sendiri anak-anak di dalam wad ini walaupun banyak hari tanpa risau-risau".


          Bagi anda yang tidak pernah bekerja mungkin tidak mengerti sangat akan situasi ini. Tetapi saya percaya jika anda seorang yang mempunyai kerjaya, anda tentu faham dengan maksud dan kenapa ungkapan sebegitu terkeluar dari mulut saya. Saya pernah alaminya, dan saya yakin anda juga! Jika anda belum mengalaminya, suatu hari nanti anda akan memahami tentang apa yang saya ceritakan ini. Mungkin akan ada betulnya.

 
         Kalau dahulu sewaktu bekerja, saya masih ingat di mana situasi yang sama berlaku yang memerlukan saya memberikan perhatian kepada anak yang sakit. Ya Allah, bermacam-macam perkara yang perlu saya lakukan dan fikirkan dalam masa yang sama otak berserabut fikirkan tentang kesihatan anak. Mana tidaknya, anak yang sakit dengan tiba-tiba tentulah esok harinya kita juga akan bercuti secara mengejut! Dan, bercuti dengan tiba-tiba pula bukannya mudah untuk mengatur urusannya!

          Mula-mula nak kena telefon bos untuk dapatkan kelulusan bercuti kecemasan. Jika bos setuju dan faham dengan apa berlaku, kena pula telefon kepada pengurus jadual waktu untuk membatalkan segala urusan kita pada hari tersebut. Kalau bernasib baik, pengurus jadual boleh aturkan untuk cari pengganti bagi melangsungkan kerja kita pada hari itu. Ini sudah tentulah akan terpaksa menyusahkan orang lain pula kerana tidak pasal-pasal kena galas tanggungjawab kita. Pernah terjadi ada yang sampai buat muka dengan kita gara-gara terpaksa menggantikan urusan kita secara tiba-tiba. Bagi saya ini memang tidak menyedapkan hati saya. Tapi apakan daya, kalau dah anak sakit, nak tak nak memang kerja kena tinggalkan!

          Sekiranya tidak bernasib baik pula, semua urusan itu terpaksa ditangguhkan dahulu sehinga anak sihat. Itu mungkin memakan masa selama 2, 3 hari. Jadi bayangkanlah berapa ramai pelanggan yang berurusan dengan kita terpaksa ditinggalkan dan diabaikan. Malahan ada sesetengah itu terpaksa ditangguhkan dahulu perkhidmatan kepada mereka. Bagi pelanggan yang sporting, mereka ini senang untuk berurusan dan tidak begitu memeningkan kepala. Tapi, bagi pelanggan yang tidak memahami dengan situasi kita lain pula ceritanya. Kadangkala, reputasi kita boleh terjejas angkara sikap mereka. Apakah kita perlu salahkan mereka? Mereka adalah pelanggan kita dan, mereka berhak. Tapi, anak-anak juga ada hak ke atas kita? Tak ke semua ini memeningkan???!!!

Sebab tu lah saya rasa bersyukur sangat dengan statu seorang surirumah sekarang ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya benda-benda yang memeningkan dan menyerabutkan macam dulu tu dah tak ada lagi. Sekiranya anak-anak atau suami memerlukan, bila-bila masa sahaja saya ada di sisi mereka untuk berikan perkhidmatan terbaik HANYA buat mereka. Tak payah nak fikir pasal kelulusan cuti ke, tak yah nak fikir sal bos ke, mintak kebenaran la apa la...tak pun nak bermasam-masam muka ngan orang tu...orang ni atau serabut kepala nak fikirkan tentang pelanggan-pelanggan yang sporting atau menyakitkan hati. Semua itu dah tak payah fikir! Sangat menenagkan hati dan dah tidak menyemakkan kepala. (Sorry kalau bahasa kasar sikit, macam luah perasaan geram pun ada...hehehe...).

         Sebenarnya, bila saya fikir-fikir, renung-renung dan buat sedikit soal selidik. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan bagi seseorang bergelar wanita yang bekerjaya versus wanita yang menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat diri saya sendiri. Jika mana-mana individu yang merasakan atau fikirkan berlainan itu, terpulang pada andalah. Hak pemikiran individu itu sendiri. Cuma, saya kongsikan sahaja. Jangan sampai anda semua bergaduh pula tentang hal ini. Bekerjaya atau surirumah, dua-dua pun suatu PEKERJAAN! Dan, setiap manusia berhak untuk menentukan pekerjaan apa yang dirinya ingini.=)

 
...bersambung lagi...

Jumaat, 17 Mei 2013

...BAGIKU IANYA SUATU KENANGAN TERINDAH...

Apabila tiba sahaja Bulan Mei setiap tahun, dah tau sangat dah setiap kali 16 Mei mesti seluruh negara akan menyambut hari guru. Bertahun aku lalui sambutan hari guru ini sewaktu dizaman persekolah, tapi yang paling best dan tak dapat dilupakan ialah SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2001. Tahun itulah kami, geng-geng nakal 5Q akan menghadapi SPM. Bermaksud tahun itu jugalah kami geng-geng nakal 5Q bakal meninggalkan satu-satunya sekolah kesayangan kami yang telah menyatukan kami semenjak kami berusia 13 tahun lagi iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1.
 
Sekelip mata masa berlalu, tup-tup sudah hampir 12 tahun aku telah meninggalkan sekolah itu. Dan, maknanya meninggalkan kekawan 5Q...serta cikgu-cikgu...serta juga...kenangan-kenangan...Oh, sedihnya rasa bila fikirkan semua tu dah tinggal kenangan dan telah pun menjadi sejarah yang lepas...sejarah yang tidak mungkin kan berulang lagi....sedih juga sebab ianya membawa banyak maksud. Antaranya, ini bermaksud kami semua sudah pun tidak bersama lagi...mungkin juga antara kami sudah tidak sehaluan lagi...dan kegilaan kami juga mungkin tidak menjadi lagi sebab kami kini mungkin ada yang tidak sekepala dan yang paling-paling penting, ini bermakna yang kami tidak lagi muda!
 
Berbalik pada SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2001, ermm...memandangkan itu akan menjadi kali terakhir kami akan menyambut hari guru di sekolah tersebut...maka perancangan secara gila-gilanya diadakan oleh geng-geng kami. Semata-mata untuk meraikan cikgu-cikgu yang mengajar kami semua dan yang paling penting memberikan suatu hadiah yang terbaik bagi guru-guru kami pada hari tersebut.
 
Banyak cadangan, pandangan dan plan diaturkan. Daripada persiapan hiasan kelas, jamuan makan, hadiah-hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgu sehinggalah persembahan khas yang ingin dipersembahkan. Semuanya kami fikirkan sendiri untuk bagi yang terbaik buat cikgu. Tujuannya satu...harap-harap cikgu suka dan dapatlah mengubat kelukaan dan kemarahan mereka terhadap kenakalan kami. Dan, beginilah juga satu-satunya cara kami sebagai pelajar nakalmu ingin menghargai setiap jasa dan pengorbananmu buat kami dalam mencurahkan ilmu untuk mendidik kami semua.
 
Tiba pada hari guru itu, paling best bila SEBUAH KAD UCAPAN GERGASI dapat disiapkan oleh kami semua. Seronok tak terkata sebab kad gergasi itu dibentangkan ditingkat atas dimana disitulah kelas 5Q terletak. Pada kad itu tertera ucapan "TERIMA KASIH CIKGU!" dengan besar dan jelasnya. Semua guru kami dapat melihatnya dan senyuman terukir tanda gembira. Hati kami semua girang dan senyuman lebar sampai ke telinga rasanya.
 
Ada banyak lagi yang berlaku ketika dan pada hari yang penuh kenangan terindah itu. Mungkin disebabkan kelemahan ingatanku, maka tak banyak yang dapat aku tuliskan disini. Tetapi yang pasti sepanjang aku membuat coretan ini, senyuman sememangnya tidak lekang dibibirku. Kerana aku masih dapat rasakan betapa gembiranya aku dan kekawan pada dan ketika itu. Menyambut hari guru buat cikgu-cikgu yang kami kasihi dan ingati selalu.
 
Oh, alangkah rasa gembiranya hati sekiranya ada rakan-rakan geng-geng 5Q yang nakal itu turut sama berkongsi kegembiraan tentang kenangan indah ini. Catatkanlah kenangan indah anda juga. Agar kita sama-sama tidak terus lupa. Usia kita semakin menjangka tua...dan suatu hari nanti mungkin ada diantara kita...yang tidak mampu untuk mengingati ini semua.
 
Sesungguhnya, bagiku ianya suatu kenangan terindah! 
 
 

Jumaat, 10 Mei 2013

...JADIKAN STATUS SURIRUMAH SUATU KERJAYA - PART 1...

Assalamualaikum w.b.t,
 
          Kali ini suka saya untuk kongsikan suatu cetusan ilmiah yang mana diharap dapatlah sedikit sebanyak menjadi bahan bacaan yang bermanfaat buat anda sebagai pembaca diluar sana. Tajuk yang terdetik di hati saya untuk dicoretkan pada kali ini ialah Status Surirumah, Jadikan Ia Suatu Kerjaya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tajuk ini yang dipilih?
 
          Ermmm...jawapannya tidak lain dan tidak bukan, kerana selaku penulis yang juga pernah mengalami perbedaan antara kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya dan kemudian beralih menjadi surirumah sepenuh masa dan kini telah pun memasuki tahun yang ke-2 bergelar surirumah...Alhamdulillah, saya terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak pengalaman-pengalam saya sendiri dalam melalui situasi yang bagi saya amat berat dan sukar untuk ditempuhi ini. Mana tidaknya, daripada berjawatan besar...berkerjaya hebat...berduit...tiba-tiba, menjadi surirumah tangga yang kalau dalam anggapan masyarakat kita, ianya merupakan suatu status yang paling bawah bagi seorang wanita. Benarkah begitu?
 
          Apakah yang anda terbayangkan dalam fikiran sekiranya anda bergelar seorang surirumah tangga? Apakah seperti ini? Iaitu seorang wanita yang dibahunya terbeban dengan segala macam kerja rumah, kerja seharian 24 jam tanpa henti! Mana lagi dengan nak mengemas rumahnya, dengan nak jaga anaknya, dengan nak masaknya, kemas rumah lagi, cuci baju, cuci pinggan mangkuk dan...oh! lain-lain lagi yang agak membebankan bukan sahaja pada mata yang memandang tetapi bahu yang memikulnya. Tangan yang dua terasa bagaikan tidak cukup. Dikiri mengendong anak, dikanan pula mahu memasak. Belum lagi dikira yang belum dibuat dan disiapkan. Kain baju perlu dibasuh, dijemur, diangkat, dilipat dan perlu pula disusun rapi di dalam almari. Arrrghhhh, Tensionnya!!!!
 
         
         Atau, gambaran anda pada seorang yang bergelar surirumah ialah seolah-olah begini? Iaitu seorang yang bijak dalam mengatur dan menguruskan waktu-waktunya setiap hari. Dimana setiap waktu, detik, saat dan masanya akan diisi dengan pelbagai aktiviti kebaikan untuk menjaga seisi keluarganya. Dia akan melakukan semuanya dengan hati yang tenang, dengan penuh kebaikan, dan dengan penuh kesabaran. Dia juga adalah seorang pengurus masa terbaik kerana dalam masa-masa yang terhad 24 jam itu, dia pandai untuk membahagikannya sebaik mungkin bagi memastikan segalanya dapat diselelsaikan tepat pada waktu yang diperuntukkan. Maka, dapatlah masa-masa itu dimanfaatkan sebaiknya bagi setiap minit yang terdetik dalam setiap hari urusannya. Tanpa ada satu pun yang keciciran. Tanpa ada satu pun yang akan terlepas dan tiada rasa penat. Masih tersenyum walaupun seharian bekerja kuat.
 
 
 
          Walau apa pun gambaran anda terhadap seorang surirumah, setiap orang ada persepsi mereka masing-masing. Dan, ianya berbeza antara satu sama lain. Itu tidak dapat kita nafikan. Tetapi, percayalah, jika anda lakukan semua itu dan setiap masa anda lakukan dengan seikhlas hati...tulus dari hati nurani anda. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya memikirkan untuk berkhidmat sebaik mungkin buat suami dan anak-anak, ternyata mana-mana pilihan gambaran di atas pun adalah terbaik buat anda selaku seorang surirumah. Bagi seorang wanita muslim pula...percayalah, setiap apa yang anda lakukan itu adalah pahala percuma yang mencurah-curah yang Allah berikan khas buat seorang isteri. Maka senyumlah selebar-lebarnya wahai kaum hawa yang bergelar surirumah, kerana setiap hari pun anda sedang dirahmati Allah dengan limpahan kasih saying dan pahalanya atas setiap pekerjaan dan perkhidmatan yang telah anda lakukan seikhlasnya itu. Bak kata Ustaz Azhar Idrus:
 
 
          Maka, sekiranya begitulah ganjaran yang diperolehi oleh seorang perempuan jika dia memilih untuk menjadi seorang surirumah...apakah lagi yang menjadi penyebab untuk anda tidak bersetuju atau mencemuh KERJAYA ini? Ya, ianya suatu kerjaya! Ianya layak dipanggil kerjaya kerana jika kita bekerja, apakah perkara pokok yang sebenarnya yang kita inginkan hasil daripada kerja-kerja yang kita lakukan itu? Betul, ganjaran! Iaitu berupa gaji bulanan yang akan setiap bulan masuk di dalam akaun bank anda. Atau juga ganjaran berupa kenaikan pangkat, mendapat harta yang banyak dan lain-lain lagi.
 
          Bagi surirumah, perkara yang sama juga berlaku. Ganjaran akan diperolehi di atas setiap gerak kerja dan perkhidmatan serta pengorbanan yang mereka telah lakukan. Cuma bezanya, ganjaran itu bukanlah dalam bentuk wang ringgit, harta benda atau kenaikan pangkat. Ianya  tidak nampak secara zahirnya di dunia, kerana keberkatannya kerjaya sebagai surirumah itu diganjarkan penuh bernilai di akhirat sana. Itupun yang kita semua kejarkan bukan? Kemuliaan di hari akhirat sana yang lebih diutamakan melebihi kemuliaan di dunia. Akhiratlah tempat terakhir yang setiap manusia akan jejaki.
 
          Dan, setiap haripun kita semakin menghampiri hari akhirat tersebut. Maka, jika anda seorang BERKERJAYA SEBAGAI SURIRUMAH, anda buatlah yang terbaik buat suami dan anak-anak anda, agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Jika Allah sukakannya, kenapa kita manusia dengan sewenangnya ingin memperkecilkan kerjaya tersebut dan mencemuhinya? Fikir-fikirkanlah tentang diri anda sendiri, apakah jika anda sekarang berkerjaya anda yakin kerja anda itu sedang dirahmati, diberkati dan diganjarkan pahala oleh Allah sepertimana seorang surirumah? Ermmm....renung-renugkan, selamat beramal! =)
 
 
...TO BE CONTINUE.... 

...BANGKITKU SETELAH JATUH...

          Sekelip mata sahaja, semua kenangan di tahun 2012 telah pun berlalu. Membawa bersama kenangan suka, duka, pahit dan manis. Tup-tup...dah masuk 2013 dan sekarang telah pun mencapai bulannya yang ke-5. Ya Allah, haiii...sekejap benar masa berlalu! 
 
          Setelah sekian lama tak mencoretkan apa-apa diruangan blog ini, akhirnya Alhamdulillah ada masa juga untuk aku catatkan sesuatu. Sebenarnya, diam aku bukan menyepi! Diamku tak beerti aku membisu! Diamku juga bukan kerana aku akur dengan kekalahan...berjuang dengan waktu... mengejar masa yang begitu pantas berlalu.
 
          Tetapi, diamku dari alam maya ini sebenarnya disebabkan masa-masa itu terpaksa ku isikan dengan sesuatu yang lebih penting. Sesuatu perkara yang lebih baik dan yang lebih bermakna bagi diriku. Iaitu menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bayi comelku, my hero....my lovely bucuk-bucuk ku...MOHAMMAD NAUFAL...Alhamdulillah, dia sihat walafiat dan sekarang sudah pun memasuki usianya...8 bulan...Dah pun besar anak ibu...saying dia! Mmmmuah!!!

 
 
          Kalau 2012 kehidupanku banyak berkisahkan tentang kesedihan, permulaan bagi 2013 ini berlainan pula kisahnya. SEJUJURNYA aku katakan, aku mula rasa bahagia dan mulai menerima kehidupan baru ku kini dengan seadanya. Aku juga TIDAK LAGI MALU UNTUK MENYATAKAN YANG AKU INI SURIRUMAHTANGGA SAHAJA! Dan, AKU BANGGA MENJADI SURIRUMAH!
 
          Kalau dahulu aku berasa sangat "down" bilamana memikirkan tentang kesulitan dan kepayahan hidupku. Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kemudian, diuji pula dengan kehilangan anak yang meninggal akibat jantung. Ditambah lagi dengan tekanan-tekanan dek kerana kata-kata tajam dan sinis ekoran berhenti kerja. Namun kini, berkat kesabaran...Berkat doa...Berkat sokongan...Aku tidak lagi berasa "down" mahupun "tension". Apa yang aku rasa kini ialah, suatu semangat baru. Suatu kebangkitan baru buat diriku...malah, tiada lagi istilah kejatuhan dalam kamus hidup diriku.
 
         Apa yang ada dalam jiwa dan diriku kini ialah suatu motivasi kendiri yang tinggi. Suatu tekad dan azam yang padu...suatu transformasi, ke arah kehidupan yang lebih baik lagi. Kalau dulu sewaktu bekerja, aku rasakan dririku perlu menjadi pekerja yang terbaik...namun kini aku berpijak pada bumi yang nyata, aku tidak lagi bekerja...Maka iltizamku ialah untuk menjadi seorang surirumahtangga yang terbaik dan membuktikan kepada semua bahawasanya keputusan aku ini adalah suatu keputusan yang tepat dan terbaik buat aku dan insan-insan yang aku sayangi. 
 
        Selepas hampir 2 tahun menjadi surirumahtangga, aku mulai beradaptasi dengan keadaan baruku itu dan telah menyedari betapa besarnya pengorbanan yang aku telah lakukan ini. Tidak semua wanita yang berkerjaya sepertiku dahulu, yang mampu membuat pengorbanan sebesar mana yang telah aku lakukan. Kini aku sedari, akulah seorang isteri!...aku juga seorang ibu!...maka, akan aku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku dan ibu yang terbaik buat anak-anak ku! BANGKITKU...DEMI YANG TERSAYANG...=)



         Biar walau masih ada yang bersangkal buruk. Biar pun masih ada yang menghukum ku atas keputusan aku untuk menjadi surirumah 2 tahun yang lepas...Namun, aku tetap bulatkan hatiku, pekakkan telingaku dan menepis semua itu. Bagiku, hanya masa menjadi penawar yang terbaik buat duka. Suatu masa nanti, mereka yang negetif ini akan ketahui juga apa yang aku buat ini ada betulnya. Biarlah masa menjadi penentu segalanya... 
 
         WAHAI KAUM HAWA yang tidak bekerja dan menjadi seorang surirumah tangga, MENGAPA kita perlu MALU dengan status TIDAK BEKERJA ATAU SURI RUMAH tersebut? MENGAPA merasa HINA dengan gelaran itu? MENGAPA dikau jadikan PEKERJAAN YANG PALING MULIA ini sebagai suatu pekerjaan yang orang lain sesenang wenangnya boleh perkecilkan?...orang lain boleh perlekehkan? dan, dengan sewenangnya MULUT-MULUT JAHAT ini mengatakan kita, SURIRUMAH TANGGA adalah golongan yang TIDAK BERJAYA?...golongan yang TIADA MASA DEPAN?...yang hidupnya TERUMBANG AMBING?...

         TIDAK! BANGKITLAH WAHAI rakan-rakan SURIRUMAH seperjuangan sekalian!...kita nafikan segala kata-kata mereka itu! Buktikanlah pada mereka, bahawasanya SURIRUMAHTANGGA seperti kitalah yang sebenarnya menjadi pemangkin kejayaan generasi di masa hadapan. SURRUMAH seperti kita inilah sebenarnya yang akan memulakan mencorak modal-modal insan yang terbilang. Sekaligus, kerana kita, SURIRUMAH jugalah maka keharmonian rumahtangga yang semakin hari semakin hilang keseriannya akan kembali terjalin, tersemai dan sekaligus membina keluarga bahagia. BANGKITLAH! JANGAN DIKAU RESAH, GUNDAH, SERBA SALAH ATAU TIDAK YAKININYA LAGI! KITA BOLEH!!!