Isnin, 10 Jun 2013

...BERTUAH BADAN...ALHAMDULILLAH!...(JALAN-JALAN MELAKA - PART 1)

Hai, Assalamualaikum semua...
 
Harap semuanya sihat walafiat dan happy2 selalu. Kali ini nak berkongsi pula tentang percutian kami sekeluarga ke Melaka pada 4hb dan 5hb Jun 2013 yang lepas. Seronok sangat bila hubby bawa jalan2...cari makan kat Melaka tu walaupun singkat sahaja harinya...2hari 1 malam jer pun! Tapi, walaupun kejap..best tetap bestlah! TERBAIEKKK la abang...Tima kasih, sayang!
 
Itulah yang dikatakan tuah badan. Alhamdulillah, rezeki datang mencurah-curah sahaja walaupun hanya bergelar SURIRUMAH. Tapi, Allah tetap permudahkan segalanya kalau kita berpegang dan percaya akan rezeki itu datang daripada-Nya. Tak ada susahnya pun atau kesempitannya pun. Cuma kita kena banyak bersabar dan redha menerima apa yang ada seadanya.
 
Bila tiba-tiba hubby bawa jalan2 ni tertanya-tanya juga...kenapa?...Oh, baru tau yang dia nak bagi hadiah sebab dah masuk 6 tahun kitaorang berkahwin dan sempena juga menyambut birthday anak-anak. Alhamdulillah la...terima kasih banyak-banyak abang atas hadiah ini. Kami gembira sangat dapat pergi jalan-jalan.=)
 
Kita orang pilih untuk ke A FAMOSA RESORT. Terletak di Alor Gajah, Melaka. Kali ini, disebabkan kesuntukkan masa maka hanya menghabiskan masa di A Famosa Resort sahaja. Tak berjalan-jalan pun kat Bandar Hilir, Bandar Melaka tuh. Tak apalah, lain kali pergi lagi sebab dekat sahaja perjalanan ke sana dalam 2 jam jer.
 
 ...Lokasi pilihan kami sekeluarga! A Famosa resort...
 
Pagi-pagi lagi anak2 dah bangun tidur bersiap2. Ibunya lagilah, semalaman duk kemas pakaian. Pastu dah setle semua, kita orang start bergerak dalam kul 2 petang. Disebabkan hujan lebat maka kenderaan bergerak perlahan sahaja. Samapai di A Famosa tu dah dekat pukul 4 petang. Oleh kerana ramainya orang sebab bertembung cuti sekolah maka entah mana silapnya urusan check in agak lambat. Pukul 6 baru kami boleh masuk bilik. Sib baik biliknya agak best, so hilanglah segala penatnya. Anak2 pun ikut teruja dan seronok.

...3 beradik bucuk, yang dah tak sabar nak pergi berjalan-jalan...
 
...Dah siap mandi dah pun anak-anak ibu nii...ok, jap lagi kita pergi!...

...Naufal tolong ibu mengemas ya?...
 
...Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya sampai jugak!...
 
...Kitaorang menginap di D'Savory Condotel...

...sesampai jer dalam bilik, terus panjat katil relaxxx...
 
Malam lepas maghrib kami ke Cowboytown. Ada persembahan dan tengok 4d cinema. Disebabkan masih hujan renyai-renyai maka kami pilih untuk tengok 4d dulu. Ya Allah, terkejut jugak bila kerusi duduk tu bergerak2 ikut sama apa berlaku dalam tv tu. Memang seronok sebab semua yg dalam tv tu macam nak pegang jer...real hidup gitu. Kemudian habis tengok tu, baru kami keluar tengok persembahan istemewa A Famosa buat pengunjung. Memang meriah dan gempaq lah! Paling anak2 suka tapi takut...bila bunga api penutup majlis berdentuman berwarna-warni menghiasi dada langit yang gelap tuh. Wah, cantik sungguh!

...Sorry tak jelas sangat peta Cowboy Town...

...Get ready for the 4D cinema, cayalah anak-anakku!...
 
...Sebelum tengok persembahan, bagi elephant makan dulu...
berani betul diorang niii!...
 
...Menantikan persembahan menarik dikelilingi orang yang ramai... 

...Banyak persembahan tapi tak dapat ambil gambar sebab bateri kamera habis,
so ini adalah antara persembahan yang sempat la di ambil gambar...
 
...Penutup persembahan...dentuman bunga api yang mengasyikkan!... 
(gambar ambik kat google nih, sebab time ni bateri dah habis...hu3) 
 
Lepas tu bawa anak-anak tunggang ponny, naik tut-tut dan banyak lagilah! Memang bestlah malam tuh! Kemudian balik dalam pukul 11 tu kami pergi beli makanan sikit dan kemudian balik hotel untuk berehat. Oh, penat sangat. Tapi memandangkan seronok, hilanglah penat tu. Semua pun tidur nyenyak tak sedar apa-apa pun. Bersedia untuk hadapi esok yang lebih seronok dan nak balik...check out dah...huhuhu!
 
 
...kakak jer yang nak tunggang pony, angah tak nak...
 
Esok pagi lepas subuh, anak-anak berendam air panas dalam tab bilik mandi kami. Seronok anak-anak main buih sabun. Lepas tu terus bersiap untuk check out dan menuju ke satu lagi tempat best kat A Famosa tu iaitu Safari Wonderland. Sebenarnya kat situ juga ada Water Themepark. Tapi kami tak ke sana sebab anak-anak masih dalam keadaan selsema.
  
...Lokasi ke-2 yang kami terokai di A Famosa Resort... 
  
Di Safari tu kami tengok persembahan gajah yang sememangnya tak pernah duk tengok depan mata selama ini. Memang menakjubkanlah dengan gajah2 tuh! Anak-anak teruja duk bagi tebu kat gajah tu makan. Aku? Tak ler...takut! Tima kasih jer la. Kuasa Allah kan...bila di train elok2 gajah2 ni pun pandai jugak beraksi. Paling tak percaya...gajah melukis rasanya lagi bagus dari aku kot?...hahaha...Kelakar juga bila salah sekor gajah berlakon tertidur. Tiba-tiba datang seeokor gajah lain simbah air...hahaha...=)
 
...Bersedia nak tengok persembahan gajah...
 
...Amazing! Gajah pun pandai melukis...cantik plak tu! he3...
 
Pastu dah terjanji dengan diorang untuk naik bot sekeliling safari tu. Kami pun bawalah diorang naik. Ermmm, boleh tahan jugak lah safari tu tapi rasanya ada yang perlu di pertingkatkan dan ditambah baik lagi agar nanti pengunjung yang pergi tu rasa berbaloi dan tak rasa kerugian. Dari keseluruhannya 5 bintang, aku bagi 3 bintang kat A Famosa Resort tu. Sebabnya, masih banyak yang perlu dikemaskini dan diperbaiki. Itu pandangan peribadi aku, sebab dah banyak tempat-tempat menarik aku pernah pergi dan rasanya masih ada "sesuatu kurang" yang perlu ditambah baikkan.=)
 
 
...Dah kepenatan anak-anak ibu, tapi tetap nak naik bot tu!...
 
Kami tinggalkan A Famosa Resort dengan seribu satu kenangan manis yang entah bila pula agaknya akan berulang kembali. Inn Shaa Allah, kalau diberikan rezeki Allah lagi...kita dating lagi. And mana tahu time tu dah lagi bagus dari hari ini?...Anak-anak ni pandai jugak ambik kesempatan, diorang kalau lalu jer kat kedai cenderahati tu mesti ada jer yang nak dibeli. Nah, dapatlah sorang satu teropong purple, topi ladybird! Naufal plak kakak-kakak dia pilih topi tiger. Tak pe laa, asalkan diorang happy...itu cukup membahagiakan!
 
...Teropong "looking" yang tak boleh di tinggalkan...
 


...Masing-masing bergaya dengan topi baruuu...
  
Alhamdulillah, maka selesailah percutian pendek kitaorang ke Melaka. Inn shaa Allah, nanti dating lagi. Sebab banyak lagi tempat-tempat yang tak dilawati di Melaka ini. Rugi rasanya sebab sekejap jer sempat ke sana. On the way balik tu, terpandang Warong nasi tepi jalan ni yang Nampak cam best jer! Terus berenti and tapau bekalan untuk makan kat rumah. Kami pulang dengan rasa yang sangat penat tapi cukup menggembirakan. Paling penting, anak-anak seronok! Sekian dahulu...nantikan Jalan-jalan Melaka - PART 2 pula ya! Assalamualaikum, bye...

 
...Warong Wakomo, bolehlaa kalau nak isi perut tu...
menunya menarik juga...
 
 
...Dengan bantuan teropong anak, Nampak pula orang ni sedang kusyuk makan!
...macam kenal jer?...
 
...Ok laaa, selamat tinggal Melaka...Kami pulang dulu! Bye!

Selasa, 28 Mei 2013

...TIPULAH KALAU AKU TAK RINDUKANNYA...

Assalamualaikum w.b.t
 
Seperti biasa blog kegemaranku inilah tempat aku luahkan perasaan terpendam dan kongsikannya ke seentero dunia. Itu pun kalau ada yang nak pandang. Kalau tak ada? Tak per, aku tetap nak post kan something jugak! Korang ader???=)
 
2, 3 hari yang lepas budak-budak baru matrik bagi sesi 2013/14 baru sahaja selesai mendaftar. Bila aku tengok gambar kekawan office dulu-dulu postkan kat FB memang hati sedikit goyah. Aku tak tahu dalam hati aku rasa apa. Tapi, satu jer yang aku boleh luahkan...iaitu RINDU! aku merinduinya!
 
Bila aku tengok gambar-gambar itu, aku terasa rindu untuk mengulangi saat-saat indah sewaktu berkhidmat di matrikulasi Kedah. KMK! Ya, memang tempat yang indah semegah namanya. Dan, hari pendaftaran di sana sememangnya hari yang sangat menyeronokkan. Bukan kepada para pelajar baru yang akan tamat orientasinya sahaja, malahan buat semua kakitangan pensyarahnya juga. Mana tidaknya, mereka akan bersama-sama dengan para pelajar ini di dalam satu dewan. Diraikan, dan diperkenalkan.
 
Biasanya sambutan hari guru juga akan diadakan serentak pada hari tersebut. Maka adalah persembahan oleh pelajar dan tidak kurang juga oleh pensyarah. Paling best waktu makan-makan. Segala kepenatan membuat persiapan pada hari-hari sebelum pendaftaran itu bagaikan hilang sekelip mata. Setelah puas dan seronok melihat semuanya berjalan dengan lancar. Bagaikan fieta dengan kedatangan ibubapa penjaga, orang ramai yang berpusu-pusu ke gerai-gerai jualan memang sungguh meriah.
 
Namun, takdir dan waktu telah menjarakkan aku dengan semua itu. TIPULAH jika aku tidak merinduinya. Aku doakan agar semua rakan-rakan pensyarah di matrikulasi Kedah yang masih diizinkan Allah untuk berkhidmat, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, dan anak bagsa kita. Anda bertuah kerana masih berada di situ. Walaubagaimana pun, aku tetap redha dan bersyukur dengan keadaan aku sekarang ini. Dan aku juga bertuah kerana membuat keputusan untuk tinggalkan semua itu dahulu. Kalau tidak mungkin aku tidak miliki apa yang menjadi milikku sekarang. Inilah ketentuan Allah...
 
Semoga semuanya terus Berjaya dan doakanlah kejayaan buat diriku sekeluarga juga. Sekian, terima kasih.

...SURIRUMAH: SUATU KERJAYA YANG HEBAT!!! - PART 2...

          Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t dapat saya menyambung semula apa yang telah saya coretkan pada artikel lepas iaitu berkaitan SURIRUMAH, jadikannya suatu kerjaya! Mudah-mudahan apa yang telah saya kongsikan pada coretan versi PART 1 yang lalu itu, walaupun singkat sahaja coretannya namun diharap dapat memberikan makna yang mendalam serta memotivasikan diri anda semua para pembaca di luar sana.

Ingat, berbanggalah kita walaupun status kita hanya surirumahtangga! Kerana, sebenarnya kerjaya kita inilah lebih besar pengorbanannya, lebih banyak ganjarannya dan lebih mulia pangkatnya bukan di dunia sahaja malahan di sisi Allah s.w.t. Itu yang paling penting! Jadi, tak salah jika kita puji sikit diri kita yang bergelar surirumah ini dengan satu perkataan...TERBAIEKKK!!! 


          Baru-baru ini dua orang anak saya telah dimasukkan ke dalam wad ekoran dijangkiti oleh ROTAVIRUS. Alangkah sedih hati apabila melihat anak-anak yang kebiasaannya sihat, ceria, terlompat sana-terlompat sini...tiba-tiba menjadi murung, pucat, lembik-letih dan lesu. Tidak bermaya dan tidak berupaya. Semuanya kerana mengalami demam panas, muntah-muntah dan akhirnya cirit-birit yang kerap. Inilah simptom-simptom jika anak-anak dijangkiti ROTAVIRUS.

          Ya Allah, hanya tuhan yang tahu jiwa saya seorang ibu apabila dua orang anak sekali gus perlu dijaga rapi di dalam wad...seorang diri! Sekadar perkongsian ilmu buat kita sesama kita, ROTAVIRUS ini adalah penyakit berjangkit yang ke-2 paling bahaya dan mampu membunuh kanak-kanak sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang tepat dengan kadar segera! Jadi, jika anak-anak anda mengalami perkara yang sama sepertimana anak-anak saya ini...dinasihatkan segeralah berjumpa dengan doktor. Janganlah dilambat-lambatkan, risau nanti kesan bahaya pada anak.
 

         Bukanlah kisah ROTAVIRUS ini yang saya ingin ceritakan dengan lebih lanjut. Inn shaa Allah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan mengenai tersebut. Tetapi, sepanjang 4 hari 3 malam di dalam wad menjaga dua orang anak yang sakit itu...ada sesuatu yang bermain difikiran saya. Dan, tanpa saya sedari saya sendiri yang mengungkapkan "Nasib baiklah dah tak kerja, boleh jaga sendiri anak-anak di dalam wad ini walaupun banyak hari tanpa risau-risau".


          Bagi anda yang tidak pernah bekerja mungkin tidak mengerti sangat akan situasi ini. Tetapi saya percaya jika anda seorang yang mempunyai kerjaya, anda tentu faham dengan maksud dan kenapa ungkapan sebegitu terkeluar dari mulut saya. Saya pernah alaminya, dan saya yakin anda juga! Jika anda belum mengalaminya, suatu hari nanti anda akan memahami tentang apa yang saya ceritakan ini. Mungkin akan ada betulnya.

 
         Kalau dahulu sewaktu bekerja, saya masih ingat di mana situasi yang sama berlaku yang memerlukan saya memberikan perhatian kepada anak yang sakit. Ya Allah, bermacam-macam perkara yang perlu saya lakukan dan fikirkan dalam masa yang sama otak berserabut fikirkan tentang kesihatan anak. Mana tidaknya, anak yang sakit dengan tiba-tiba tentulah esok harinya kita juga akan bercuti secara mengejut! Dan, bercuti dengan tiba-tiba pula bukannya mudah untuk mengatur urusannya!

          Mula-mula nak kena telefon bos untuk dapatkan kelulusan bercuti kecemasan. Jika bos setuju dan faham dengan apa berlaku, kena pula telefon kepada pengurus jadual waktu untuk membatalkan segala urusan kita pada hari tersebut. Kalau bernasib baik, pengurus jadual boleh aturkan untuk cari pengganti bagi melangsungkan kerja kita pada hari itu. Ini sudah tentulah akan terpaksa menyusahkan orang lain pula kerana tidak pasal-pasal kena galas tanggungjawab kita. Pernah terjadi ada yang sampai buat muka dengan kita gara-gara terpaksa menggantikan urusan kita secara tiba-tiba. Bagi saya ini memang tidak menyedapkan hati saya. Tapi apakan daya, kalau dah anak sakit, nak tak nak memang kerja kena tinggalkan!

          Sekiranya tidak bernasib baik pula, semua urusan itu terpaksa ditangguhkan dahulu sehinga anak sihat. Itu mungkin memakan masa selama 2, 3 hari. Jadi bayangkanlah berapa ramai pelanggan yang berurusan dengan kita terpaksa ditinggalkan dan diabaikan. Malahan ada sesetengah itu terpaksa ditangguhkan dahulu perkhidmatan kepada mereka. Bagi pelanggan yang sporting, mereka ini senang untuk berurusan dan tidak begitu memeningkan kepala. Tapi, bagi pelanggan yang tidak memahami dengan situasi kita lain pula ceritanya. Kadangkala, reputasi kita boleh terjejas angkara sikap mereka. Apakah kita perlu salahkan mereka? Mereka adalah pelanggan kita dan, mereka berhak. Tapi, anak-anak juga ada hak ke atas kita? Tak ke semua ini memeningkan???!!!

Sebab tu lah saya rasa bersyukur sangat dengan statu seorang surirumah sekarang ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya benda-benda yang memeningkan dan menyerabutkan macam dulu tu dah tak ada lagi. Sekiranya anak-anak atau suami memerlukan, bila-bila masa sahaja saya ada di sisi mereka untuk berikan perkhidmatan terbaik HANYA buat mereka. Tak payah nak fikir pasal kelulusan cuti ke, tak yah nak fikir sal bos ke, mintak kebenaran la apa la...tak pun nak bermasam-masam muka ngan orang tu...orang ni atau serabut kepala nak fikirkan tentang pelanggan-pelanggan yang sporting atau menyakitkan hati. Semua itu dah tak payah fikir! Sangat menenagkan hati dan dah tidak menyemakkan kepala. (Sorry kalau bahasa kasar sikit, macam luah perasaan geram pun ada...hehehe...).

         Sebenarnya, bila saya fikir-fikir, renung-renung dan buat sedikit soal selidik. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan bagi seseorang bergelar wanita yang bekerjaya versus wanita yang menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat diri saya sendiri. Jika mana-mana individu yang merasakan atau fikirkan berlainan itu, terpulang pada andalah. Hak pemikiran individu itu sendiri. Cuma, saya kongsikan sahaja. Jangan sampai anda semua bergaduh pula tentang hal ini. Bekerjaya atau surirumah, dua-dua pun suatu PEKERJAAN! Dan, setiap manusia berhak untuk menentukan pekerjaan apa yang dirinya ingini.=)

 
...bersambung lagi...

Jumaat, 17 Mei 2013

...BAGIKU IANYA SUATU KENANGAN TERINDAH...

Apabila tiba sahaja Bulan Mei setiap tahun, dah tau sangat dah setiap kali 16 Mei mesti seluruh negara akan menyambut hari guru. Bertahun aku lalui sambutan hari guru ini sewaktu dizaman persekolah, tapi yang paling best dan tak dapat dilupakan ialah SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2001. Tahun itulah kami, geng-geng nakal 5Q akan menghadapi SPM. Bermaksud tahun itu jugalah kami geng-geng nakal 5Q bakal meninggalkan satu-satunya sekolah kesayangan kami yang telah menyatukan kami semenjak kami berusia 13 tahun lagi iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1.
 
Sekelip mata masa berlalu, tup-tup sudah hampir 12 tahun aku telah meninggalkan sekolah itu. Dan, maknanya meninggalkan kekawan 5Q...serta cikgu-cikgu...serta juga...kenangan-kenangan...Oh, sedihnya rasa bila fikirkan semua tu dah tinggal kenangan dan telah pun menjadi sejarah yang lepas...sejarah yang tidak mungkin kan berulang lagi....sedih juga sebab ianya membawa banyak maksud. Antaranya, ini bermaksud kami semua sudah pun tidak bersama lagi...mungkin juga antara kami sudah tidak sehaluan lagi...dan kegilaan kami juga mungkin tidak menjadi lagi sebab kami kini mungkin ada yang tidak sekepala dan yang paling-paling penting, ini bermakna yang kami tidak lagi muda!
 
Berbalik pada SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2001, ermm...memandangkan itu akan menjadi kali terakhir kami akan menyambut hari guru di sekolah tersebut...maka perancangan secara gila-gilanya diadakan oleh geng-geng kami. Semata-mata untuk meraikan cikgu-cikgu yang mengajar kami semua dan yang paling penting memberikan suatu hadiah yang terbaik bagi guru-guru kami pada hari tersebut.
 
Banyak cadangan, pandangan dan plan diaturkan. Daripada persiapan hiasan kelas, jamuan makan, hadiah-hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgu sehinggalah persembahan khas yang ingin dipersembahkan. Semuanya kami fikirkan sendiri untuk bagi yang terbaik buat cikgu. Tujuannya satu...harap-harap cikgu suka dan dapatlah mengubat kelukaan dan kemarahan mereka terhadap kenakalan kami. Dan, beginilah juga satu-satunya cara kami sebagai pelajar nakalmu ingin menghargai setiap jasa dan pengorbananmu buat kami dalam mencurahkan ilmu untuk mendidik kami semua.
 
Tiba pada hari guru itu, paling best bila SEBUAH KAD UCAPAN GERGASI dapat disiapkan oleh kami semua. Seronok tak terkata sebab kad gergasi itu dibentangkan ditingkat atas dimana disitulah kelas 5Q terletak. Pada kad itu tertera ucapan "TERIMA KASIH CIKGU!" dengan besar dan jelasnya. Semua guru kami dapat melihatnya dan senyuman terukir tanda gembira. Hati kami semua girang dan senyuman lebar sampai ke telinga rasanya.
 
Ada banyak lagi yang berlaku ketika dan pada hari yang penuh kenangan terindah itu. Mungkin disebabkan kelemahan ingatanku, maka tak banyak yang dapat aku tuliskan disini. Tetapi yang pasti sepanjang aku membuat coretan ini, senyuman sememangnya tidak lekang dibibirku. Kerana aku masih dapat rasakan betapa gembiranya aku dan kekawan pada dan ketika itu. Menyambut hari guru buat cikgu-cikgu yang kami kasihi dan ingati selalu.
 
Oh, alangkah rasa gembiranya hati sekiranya ada rakan-rakan geng-geng 5Q yang nakal itu turut sama berkongsi kegembiraan tentang kenangan indah ini. Catatkanlah kenangan indah anda juga. Agar kita sama-sama tidak terus lupa. Usia kita semakin menjangka tua...dan suatu hari nanti mungkin ada diantara kita...yang tidak mampu untuk mengingati ini semua.
 
Sesungguhnya, bagiku ianya suatu kenangan terindah! 
 
 

Jumaat, 10 Mei 2013

...JADIKAN STATUS SURIRUMAH SUATU KERJAYA - PART 1...

Assalamualaikum w.b.t,
 
          Kali ini suka saya untuk kongsikan suatu cetusan ilmiah yang mana diharap dapatlah sedikit sebanyak menjadi bahan bacaan yang bermanfaat buat anda sebagai pembaca diluar sana. Tajuk yang terdetik di hati saya untuk dicoretkan pada kali ini ialah Status Surirumah, Jadikan Ia Suatu Kerjaya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tajuk ini yang dipilih?
 
          Ermmm...jawapannya tidak lain dan tidak bukan, kerana selaku penulis yang juga pernah mengalami perbedaan antara kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya dan kemudian beralih menjadi surirumah sepenuh masa dan kini telah pun memasuki tahun yang ke-2 bergelar surirumah...Alhamdulillah, saya terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak pengalaman-pengalam saya sendiri dalam melalui situasi yang bagi saya amat berat dan sukar untuk ditempuhi ini. Mana tidaknya, daripada berjawatan besar...berkerjaya hebat...berduit...tiba-tiba, menjadi surirumah tangga yang kalau dalam anggapan masyarakat kita, ianya merupakan suatu status yang paling bawah bagi seorang wanita. Benarkah begitu?
 
          Apakah yang anda terbayangkan dalam fikiran sekiranya anda bergelar seorang surirumah tangga? Apakah seperti ini? Iaitu seorang wanita yang dibahunya terbeban dengan segala macam kerja rumah, kerja seharian 24 jam tanpa henti! Mana lagi dengan nak mengemas rumahnya, dengan nak jaga anaknya, dengan nak masaknya, kemas rumah lagi, cuci baju, cuci pinggan mangkuk dan...oh! lain-lain lagi yang agak membebankan bukan sahaja pada mata yang memandang tetapi bahu yang memikulnya. Tangan yang dua terasa bagaikan tidak cukup. Dikiri mengendong anak, dikanan pula mahu memasak. Belum lagi dikira yang belum dibuat dan disiapkan. Kain baju perlu dibasuh, dijemur, diangkat, dilipat dan perlu pula disusun rapi di dalam almari. Arrrghhhh, Tensionnya!!!!
 
         
         Atau, gambaran anda pada seorang yang bergelar surirumah ialah seolah-olah begini? Iaitu seorang yang bijak dalam mengatur dan menguruskan waktu-waktunya setiap hari. Dimana setiap waktu, detik, saat dan masanya akan diisi dengan pelbagai aktiviti kebaikan untuk menjaga seisi keluarganya. Dia akan melakukan semuanya dengan hati yang tenang, dengan penuh kebaikan, dan dengan penuh kesabaran. Dia juga adalah seorang pengurus masa terbaik kerana dalam masa-masa yang terhad 24 jam itu, dia pandai untuk membahagikannya sebaik mungkin bagi memastikan segalanya dapat diselelsaikan tepat pada waktu yang diperuntukkan. Maka, dapatlah masa-masa itu dimanfaatkan sebaiknya bagi setiap minit yang terdetik dalam setiap hari urusannya. Tanpa ada satu pun yang keciciran. Tanpa ada satu pun yang akan terlepas dan tiada rasa penat. Masih tersenyum walaupun seharian bekerja kuat.
 
 
 
          Walau apa pun gambaran anda terhadap seorang surirumah, setiap orang ada persepsi mereka masing-masing. Dan, ianya berbeza antara satu sama lain. Itu tidak dapat kita nafikan. Tetapi, percayalah, jika anda lakukan semua itu dan setiap masa anda lakukan dengan seikhlas hati...tulus dari hati nurani anda. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya memikirkan untuk berkhidmat sebaik mungkin buat suami dan anak-anak, ternyata mana-mana pilihan gambaran di atas pun adalah terbaik buat anda selaku seorang surirumah. Bagi seorang wanita muslim pula...percayalah, setiap apa yang anda lakukan itu adalah pahala percuma yang mencurah-curah yang Allah berikan khas buat seorang isteri. Maka senyumlah selebar-lebarnya wahai kaum hawa yang bergelar surirumah, kerana setiap hari pun anda sedang dirahmati Allah dengan limpahan kasih saying dan pahalanya atas setiap pekerjaan dan perkhidmatan yang telah anda lakukan seikhlasnya itu. Bak kata Ustaz Azhar Idrus:
 
 
          Maka, sekiranya begitulah ganjaran yang diperolehi oleh seorang perempuan jika dia memilih untuk menjadi seorang surirumah...apakah lagi yang menjadi penyebab untuk anda tidak bersetuju atau mencemuh KERJAYA ini? Ya, ianya suatu kerjaya! Ianya layak dipanggil kerjaya kerana jika kita bekerja, apakah perkara pokok yang sebenarnya yang kita inginkan hasil daripada kerja-kerja yang kita lakukan itu? Betul, ganjaran! Iaitu berupa gaji bulanan yang akan setiap bulan masuk di dalam akaun bank anda. Atau juga ganjaran berupa kenaikan pangkat, mendapat harta yang banyak dan lain-lain lagi.
 
          Bagi surirumah, perkara yang sama juga berlaku. Ganjaran akan diperolehi di atas setiap gerak kerja dan perkhidmatan serta pengorbanan yang mereka telah lakukan. Cuma bezanya, ganjaran itu bukanlah dalam bentuk wang ringgit, harta benda atau kenaikan pangkat. Ianya  tidak nampak secara zahirnya di dunia, kerana keberkatannya kerjaya sebagai surirumah itu diganjarkan penuh bernilai di akhirat sana. Itupun yang kita semua kejarkan bukan? Kemuliaan di hari akhirat sana yang lebih diutamakan melebihi kemuliaan di dunia. Akhiratlah tempat terakhir yang setiap manusia akan jejaki.
 
          Dan, setiap haripun kita semakin menghampiri hari akhirat tersebut. Maka, jika anda seorang BERKERJAYA SEBAGAI SURIRUMAH, anda buatlah yang terbaik buat suami dan anak-anak anda, agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Jika Allah sukakannya, kenapa kita manusia dengan sewenangnya ingin memperkecilkan kerjaya tersebut dan mencemuhinya? Fikir-fikirkanlah tentang diri anda sendiri, apakah jika anda sekarang berkerjaya anda yakin kerja anda itu sedang dirahmati, diberkati dan diganjarkan pahala oleh Allah sepertimana seorang surirumah? Ermmm....renung-renugkan, selamat beramal! =)
 
 
...TO BE CONTINUE.... 

...BANGKITKU SETELAH JATUH...

          Sekelip mata sahaja, semua kenangan di tahun 2012 telah pun berlalu. Membawa bersama kenangan suka, duka, pahit dan manis. Tup-tup...dah masuk 2013 dan sekarang telah pun mencapai bulannya yang ke-5. Ya Allah, haiii...sekejap benar masa berlalu! 
 
          Setelah sekian lama tak mencoretkan apa-apa diruangan blog ini, akhirnya Alhamdulillah ada masa juga untuk aku catatkan sesuatu. Sebenarnya, diam aku bukan menyepi! Diamku tak beerti aku membisu! Diamku juga bukan kerana aku akur dengan kekalahan...berjuang dengan waktu... mengejar masa yang begitu pantas berlalu.
 
          Tetapi, diamku dari alam maya ini sebenarnya disebabkan masa-masa itu terpaksa ku isikan dengan sesuatu yang lebih penting. Sesuatu perkara yang lebih baik dan yang lebih bermakna bagi diriku. Iaitu menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bayi comelku, my hero....my lovely bucuk-bucuk ku...MOHAMMAD NAUFAL...Alhamdulillah, dia sihat walafiat dan sekarang sudah pun memasuki usianya...8 bulan...Dah pun besar anak ibu...saying dia! Mmmmuah!!!

 
 
          Kalau 2012 kehidupanku banyak berkisahkan tentang kesedihan, permulaan bagi 2013 ini berlainan pula kisahnya. SEJUJURNYA aku katakan, aku mula rasa bahagia dan mulai menerima kehidupan baru ku kini dengan seadanya. Aku juga TIDAK LAGI MALU UNTUK MENYATAKAN YANG AKU INI SURIRUMAHTANGGA SAHAJA! Dan, AKU BANGGA MENJADI SURIRUMAH!
 
          Kalau dahulu aku berasa sangat "down" bilamana memikirkan tentang kesulitan dan kepayahan hidupku. Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kemudian, diuji pula dengan kehilangan anak yang meninggal akibat jantung. Ditambah lagi dengan tekanan-tekanan dek kerana kata-kata tajam dan sinis ekoran berhenti kerja. Namun kini, berkat kesabaran...Berkat doa...Berkat sokongan...Aku tidak lagi berasa "down" mahupun "tension". Apa yang aku rasa kini ialah, suatu semangat baru. Suatu kebangkitan baru buat diriku...malah, tiada lagi istilah kejatuhan dalam kamus hidup diriku.
 
         Apa yang ada dalam jiwa dan diriku kini ialah suatu motivasi kendiri yang tinggi. Suatu tekad dan azam yang padu...suatu transformasi, ke arah kehidupan yang lebih baik lagi. Kalau dulu sewaktu bekerja, aku rasakan dririku perlu menjadi pekerja yang terbaik...namun kini aku berpijak pada bumi yang nyata, aku tidak lagi bekerja...Maka iltizamku ialah untuk menjadi seorang surirumahtangga yang terbaik dan membuktikan kepada semua bahawasanya keputusan aku ini adalah suatu keputusan yang tepat dan terbaik buat aku dan insan-insan yang aku sayangi. 
 
        Selepas hampir 2 tahun menjadi surirumahtangga, aku mulai beradaptasi dengan keadaan baruku itu dan telah menyedari betapa besarnya pengorbanan yang aku telah lakukan ini. Tidak semua wanita yang berkerjaya sepertiku dahulu, yang mampu membuat pengorbanan sebesar mana yang telah aku lakukan. Kini aku sedari, akulah seorang isteri!...aku juga seorang ibu!...maka, akan aku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku dan ibu yang terbaik buat anak-anak ku! BANGKITKU...DEMI YANG TERSAYANG...=)



         Biar walau masih ada yang bersangkal buruk. Biar pun masih ada yang menghukum ku atas keputusan aku untuk menjadi surirumah 2 tahun yang lepas...Namun, aku tetap bulatkan hatiku, pekakkan telingaku dan menepis semua itu. Bagiku, hanya masa menjadi penawar yang terbaik buat duka. Suatu masa nanti, mereka yang negetif ini akan ketahui juga apa yang aku buat ini ada betulnya. Biarlah masa menjadi penentu segalanya... 
 
         WAHAI KAUM HAWA yang tidak bekerja dan menjadi seorang surirumah tangga, MENGAPA kita perlu MALU dengan status TIDAK BEKERJA ATAU SURI RUMAH tersebut? MENGAPA merasa HINA dengan gelaran itu? MENGAPA dikau jadikan PEKERJAAN YANG PALING MULIA ini sebagai suatu pekerjaan yang orang lain sesenang wenangnya boleh perkecilkan?...orang lain boleh perlekehkan? dan, dengan sewenangnya MULUT-MULUT JAHAT ini mengatakan kita, SURIRUMAH TANGGA adalah golongan yang TIDAK BERJAYA?...golongan yang TIADA MASA DEPAN?...yang hidupnya TERUMBANG AMBING?...

         TIDAK! BANGKITLAH WAHAI rakan-rakan SURIRUMAH seperjuangan sekalian!...kita nafikan segala kata-kata mereka itu! Buktikanlah pada mereka, bahawasanya SURIRUMAHTANGGA seperti kitalah yang sebenarnya menjadi pemangkin kejayaan generasi di masa hadapan. SURRUMAH seperti kita inilah sebenarnya yang akan memulakan mencorak modal-modal insan yang terbilang. Sekaligus, kerana kita, SURIRUMAH jugalah maka keharmonian rumahtangga yang semakin hari semakin hilang keseriannya akan kembali terjalin, tersemai dan sekaligus membina keluarga bahagia. BANGKITLAH! JANGAN DIKAU RESAH, GUNDAH, SERBA SALAH ATAU TIDAK YAKININYA LAGI! KITA BOLEH!!!
 
 
 

Rabu, 31 Oktober 2012

...KUASA TUHAN...TIADA TANDINGAN...


Mohammad Naufal Bin Mohd Nadhir...itulah gelaran putera kesayangan ku yang telah pun selamat dilahirkan pada 29 September 2012 yang lalu. Tanggal 29 Oktober 2012 ini pula, genaplah usianya 30 hari...Alhamdulillah...setakat ini semuanya di dalam keadaan yang baik dan Naufal seorang anak yang sangat baik. =)
                 Terima kasih Ya Allah, ya tuhanku...atas kurniaan-Mu. Sesungguhnya, hanya Dikau sahaja yang lebih mengerti betapa bermaknanya kehadiran Naufal dalam hidup ku ini. Sebagai seorang ibu, aku mendoakan agar putera ku ini sentiasalah dilindungi-Mu, sihat sejahtera selalu, dipanjangkan usianya dan membesar menjadi anak yang soleh. Sepertimana doa ku yang tidak putus-putus disepanjang mengandungkannya...
"Ya Allah...ya Rahman ya Rahim,
Aku memohon padamu..
Jadikanlah anak di dalam kandungan ku ini
seorang yang soleh,
 yang sentiasa beriman kepadaMu,
yang sentiasa mencari keredhaanMu...
jadikanlah dia sebagai seorang
yang menjadikan keperibadian Rasulullah sebagai contohnya,
 mempunyai rupa paras yang menarik seperti Nabi Yusoff a.s,
 cerdik pandai seperti Luqman,
dan mencintai ilmu seperti Imam Syafie...
Sesungguhnya,
hanya Dikau yang dapat memakbulkan segala doa,
Mudah-mudahan berjayalah anak ini,
di dunia dan akhirat...amin rabbanal alamin..."

                Begitulah harapan aku sebagai seorang ibu. Aku percaya begitulah juga harapan kebanyakkan ibu yang lain apabila setiap kali melahirkan anak-anak mereka. Tidak salah rasanya untuk aku meletakkan harapan padanya. InsyaAllah...akan aku cuba membentuk, mendidik dan memimpinnya ke arah yang aku harapkan itu. Namun, semuanya juga tertakluk pada ketentuan-Nya. Aku juga percaya semuanya juga bergantung kepada diri Naufal sendiri jua...

                Mengenangkan kembali saat-saat kehadirannya di dalam hidupku dan suami, bagaikan bulan jatuh ke riba...dia hadir pada saat-saat aku benar-benar memerlukannya. Tatkala hatiku masih berduka, berita kehadirannya membalut segala luka. Benarlah janji-Mu ya Allah...Kau uji aku dengan mengambil arwah Nadhilah, semata-mata ingin melihat ketabahan dan kesabaran aku mengharungi dugaan itu. Kemudian Dikau kurniakan Naufal sebagai pengubatnya...Terima kasih ya Allah...Alhamdulillah...sesungguhnya kuasa Tuhan itu tiada tandingan!

                Tidak ramai yang tahu apa yang berlaku padaku selepas aku kehilangan arwah Nadhilah. Mungkin ada yang menganggap perkara itu biasa sahaja...yang hidup pasti mati juga! Tidak! Kehilangan anak yang disayangi bukanlah perkara biasa bagiku. Sembilan bulan mengandungkannya, dengan penuh kasih sayang, penat dan lelah...bagai masih terasa sakit melahirkannya...dan kemudian, tiba-tiba sekelip mata dia pergi untuk selamanya...aku tidak dapat menerimanya dengan mudah! Sebak dihati...sedih dan lara menghantui diriku ini.

                Aku kemurungan. Jiwaku kacau dan fikiranku bercelaru. Aku tidak kuat untuk mengharungi ujian itu, Ya Allah. Setiap ceruk ruang rumah bagaikan terbayang-bayang akan adanya dia. Tiap pagi, petang sehinggalah malam...masih jelas bagiku akan tangisannya. Matanya yang kelayuan mohon simpati dariku masih aku ingati, jari mulusnya menggenggam erat telunjukku disaat akhir pertemuan kami tak mungkin aku lupai...Tiap kali basah bajuku mengalirkan susunya...setiap kali itu jugalah aku menangis-nangis teringatkan dia yang kehausan...namun hakikatnya, yang perlu aku telan dan hadapi...dia sudah tiada lagi!

                Saat itu aku sakit. Saat itulah aku hampir berputus asa. Terasa ketidakadilan berlaku dalam hidupku. Mengapa aku diuji sebegini? Dari semenjak dahulu aku diuji dan terus diuji. Pelbagai ujian, dugaan, onak dan duri terpaksa aku lalui. Mengapa aku? Apakah salahku?...Semua ceritera keperitan telah aku harungi. Setiap babak cerita itu hanya tangisan yang menemani. Siapa yang lebih mengerti? kalau bukan Dikau ya Illahi...menangis...menangis...dan terus menangis...sampai bila? Sampai bila harus begini?...Hidupku di saat itu gelap...jiwaku?...kosong...=(

                Tetapi, mujur jugalah aku rasakan bila mana semua ujian ini terjadi. Bila aku fikir-fikirkan kembali, ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan padaku sebenarnya disebalik semua ceritera keperitan itu. Sekarang aku sudah tahu...siapa yang benar-benar ada denganku di saat aku jatuh itu...dan siapa pula yang pergi menjauh. Benar kata-kata orang tua dulu-dulu, hanya sewaktu berduka dan kesusahan sahaja yang dapat menilai keihklasan seseorang kepada kita kerana ramai yang suka kita bila kita senang...tetapi berapa ramai yang ada bersama kita tatkala kita kesusahan?

                Membangkitkan kembali semangat aku...hanya suami tercinta berusaha dan terus berusaha tanpa henti. Tanpa jemu dan tanpa rasa penat...dia terus bersamaku. Mensihati dan memotivasikan kembali diri ini. Syukur padaMu ya Allah, kerana telah takdirkan padaku seorang suami yang baik hati. Semoga Dikau sentiasa melindunginya dan berikanlah dia kejayaan di dunia dan akhirat serta kebaikan buat selamanya.

                Masih aku ingat, tarikh keramat 4 April 2012...selepas 3 bulan arwah pergi...suami mengajak aku ke klinik untuk merawat kesihatan aku. Dalam hati yang masih lara dan berat, aku melangkah memenuhi kehendaknya. Diceritakan segalanya kepada doktor tersebut. Dengan hanya tersenyum penuh makna, doktor meminta aku berbaring. Setelah di'scan' dan diteliti...doktor menunjukkan aku pada skrin 'scanner'nya...Ya Allah ya tuhanku, benarkah apa yang aku lihat itu?...aku terus tersenyum lebar dan sebak terus menguasai diri...sungguh jelas kelihatan sekujur tubuh kecil yang sedang bergolek-golek di dalam rahimku! Kata doktor usianya sudah hampir 3 bulan di saat itu. Syukur ya Allah...syukur padaMu...alhamdulillah aku mengandung!

                Pada mulanya aku memang tidak percaya dengan apa yang aku lihat dan penjelasan yang doktor berikan. Ini kerana bukan sekali dua aku membuat ujian kehamilan sendiri di rumah. Semenjak Februari lagi aku seringkali membuat ujian tersebut kerana aku memang tidak datang bulan selepas bersalinkan arwah. Tetapi yang menambahkan kedukaan aku ialah, semuanya menunjukkan keputusan negetif. Itulah kuasa Allah...sekali lagi aku percaya, kuasa tuhan sememangnya tiada tandingan.

                Dari situ bermulalah semula semangat hidupku yang baru. Terasa dunia kembali terang dan aku mula boleh tersenyum ceria. Namun dalam masa yang sama semangat aku itu sebenarnya masih rapuh-rapuh. Sebab, kebimbangan akan kehilangan lagi seringkali menghantui diri. Dan disaat ini juga suatu ujian lagi terpaksa aku hadapi...iaitu untuk menghadapi kata-kata tajam dan sinis daripada 'seseorang' yang sepatutnya bersamaku disaat aku kesusahan ini...tetapi 'dia' memilih untuk menyalah dan menghukum aku. Perkara ini benar-benar menyakiti hati dan mengganggu diri. Hanya kesabaran dan berdoa sahaja senjata aku untuk menghadapi semua ini...

                Alhamdulillah, setelah 10 bulan berlalu...dan kini Naufal pun semakin hari semakin membesar. Semuanya aku rasakan sudah kembali seperti sedia kala dan bertambah baik. Walaupun 'tidak semua perkara berada dalam keadaan baik'...tetapi aku sudah semakin kuat untuk menghadpi 'perkara yang tidak baik' itu. Biarlah masalah itu diselesaikan oleh masa. Itulah kuncinya...hanya masa yang akan menentukan segalanya! Mungkin buat masa dan ketika ini 'dia' tidak faham dengan apa yang terjadi dan apa yang aku alami...sebab itu 'dia' jadi begitu...biarkanlah 'dia'...

                Aaaah...sekarang aku berasa boleh bernafas lega sedikit...Terasa seronok dan jiwa kembali terisi. Tambahan pula masa-masa aku kini setiap saat dan detik tidak pernah 'free'. Ada sahaja perkara yang perlu aku buat setiap hari. Dari seorang 'pengurus dapur' , 'bibik' sehinggalah 'pendidik' anak-anak aku sendiri. Masa yang ada juga kini aku isi dengan membaca dan membuat soalan-soalan latihan untuk para pelajar matrikulasi. InsyaAllah, berhajat juga dihati untuk membuat soalan latih tubi...bagi membantu sesiapa sahaja yang mengingini.

                Tetapi, aku tahu ujian Allah itu tidak akan berhenti. Namun dengan apa yang telah terjadi dan aku alami...insyaAllah sedikit sebanyak mengajar aku untuk tabah dan lebih cekal lagi. Semoga Allah sentiasa bersamaku. Amin...ya rabbanal alamin...=)

Sekian, terima kasih.