Hari ini,
Mereka mengata aku,
Seorang yang DAIF!
Atas apa yang telah,
Aku putuskan...
Hari ini,
Mereka mengata tentang aku,
Adalah seorang yang TERSILAP!
Kerana telah memilih,
Jalan hidupku yang begini...
Pada hari ini juga,
Tanpa memikirkan perasaanku,
Tanpa berpihak padaku,
Mereka terusan mengata-ngata aku...
"Itulah dia seorang yang GAGAL!"
"Itulah dia seorang yang RUGI!"
Semata-mata kerana aku,
Memilih untuk 'BERKORBAN',
Demi keluargaku sendiri...
Dan,
Pada hari ini...di saat ini juga,
Kerana kata-kata itu,
Kerana aku yang dikatakan,
DAIF...TERSILAP...GAGAL dan RUGI,
Mereka terus menghukumku,
Terus mencemuh dan berlalu pergi...
Sesungguhnya!
Mereka yang berkata-kata itu,
Sebenarnya tidak pernah tahu,
Apa yang telah terjadi padaku,
Pada hari-hari yang LALU!
Penderitaan yang ku alami,
Hanya Allah yang Maha Mengetahui,
Tak semudah yang disangka,
Untuk aku tempuhi,
Sehingga aku menjadi begini,
Pada hari ini!
Ya Allah...ya Tuhanku,
PadaMu sahajalah daku berserah,
Kerana daku yakin sepenuhnya,
Akan takdirMu ini..adalah,
Takdir TERBAIK buat diri ini...
Kerana Dikau juga Ya Allah,
Lebih mengetahui segalanya,
Semua perkara yang telah,
Sedang dan AKAN terjadi...
Nak dilawan segala kata-kata,
Sungguh aku tidak terdaya,
Untuk itu biarlah aku,
MENDIAMKAM DIRI sahaja...
Diamku ini bukannya sia-sia,
Akan aku isi dengan DOA dan USAHA,
Demi Allah Yang Maha Adil lagi Berkuasa,
Mudah-mudahan di suatu masa,
Akan TERBUKTI juga,
PENGORBANAKU ini adalah MULIA,
Demi masa depanku,
Yang lebih BAHAGIA...
Ku mohon,
Berikanlah aku ruang...
Berikanlah aku peluang...
BIARKAN SAHAJALAH MASA...
UNTUK MENENTUKAN SEGALA-GALANYA!
Andai di saat aku telah berjaya,
Akan aku terima semua,
Walaupun mereka dahulunya,
Yang mengataku...Sehingga AKU TERLUKA...
Madam..Saya rindu madam.Bekas pelajar kmk. yang berminat nak jadi surirumah. Sesungguhnya madam berada di landasan yang betul.Jangan bimbang. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan mu. May Allah ease you and your family
BalasPadamAlhamdulillah...aaminn...
Padammaaf lewat balas komen awak...sebab almaklumlah...semenjak anak2 makin ramai ni kan..tangan dah umpama cam tangan sotong...banyak kerja nak kena buat...hehehe...jawatan pun dah jadi macam2 jawatan dari kuli, maid, cikgu sampailah menteri kewangan...manager...semua ada...hahaha
Alhamdulillah, niat yang baik untuk menjadi surirumah tu semoga Allah permudahkan segalanya buat awak. Percaya pada Allah, rezeki Allah yang tentukan...cuma mungkin kan ada banyak la dugaan nya...tapi kalau suami isteri saling berpegang kuat antara satu sama lain...innsyaAllah semua dugaan tersebut dilalui dengan mudah sahaja...harap camtu lah hendakNya...
Samalah saya pun mendoakan yang terbaik buat awak sefamily semoga Allah merahmati keluarga awak juga...ammiinn...