Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk membuat suatu ruangan penulisan sendiri melalui blog ini. Hampir setahun harapan hanya tinggal harapan...tetapi hari ini, tercipta juga suatu catatan yang insyaAllah akan menjadi suatu titik permulaan bagi banyak lagi catatan yang lain yang mungkin berguna untuk dikongsikan bersama para pembaca yang berminat di luar sana.
Penulisan yang akan disiarkan di blog ini, insyaAllah akan merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan juga ilmu pengetahuan yang mana sebahagian besarnya mungkin lahir daripada pengalaman peribadi sendiri dan selebihnya terbit hasil daripada perkongsian pengalaman rakan-rakan kenalan rapat serta melalui pembacaan yang dibuat.
Seandainya daripada pembacaan blog ini, para pembaca dapat memperolehi sesuatu yang bermanfaat, ianya amatlah menggembirakan hati buat saya selaku penulis. Tetapi, sekiranya daripada ini tiada sesuatu pun yang dapat membantu anda atau memberikan manfaat...saya dahulukan dengan memohon sejuta kemaafan dan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membacanya.
Akhir kalam, semoga niat baik saya untuk menyampaikan sesuatu yang ilmiah yang saya rasakan berfaedah untuk semua dapat dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan mudah-mudahan dengan penulisan ini juga maka harapnya tercapailah hasrat saya untuk menjadi seorang penulis, bukanlah sehebat penulis terkemuka tanah air...yang dapat mencipta namanya tersendiri...tetapi, memadai jika usaha ini ada yang menghargainya dengan membacanya.
Sekian dahulu buat seketika ini...berjumpa lagi dalam penulisan yang akan datang...insyaAllah...=)
testing...=)
BalasPadam