Assalamualaikum,
Sudah sekian lama rasanya jari-jemari ini tidak menaip mencatatkan apa-apa di ruangan blog TATKALA HATI BERBICARA ini. Maklumlah, bulan puasa yang dilalui diambil peluang sebaiknya untuk melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah disamping menumpukan sepenuh masa terhadap anak-anak yang masih kecil.
InsyaAllah, harap-harap berkat usaha saya di dalam bulan puasa yang mulia itu...adalah rezeki untuk saya memulakan suatu peluang kerjaya yang baru iaitu untuk menjadi seorang penulis buku...terutama buku-buku latihan tentang subjek Biologi bagi para pelajar matrikulasi.
Sayang pula rasanya jika ada ilmu tetapi tidak diluahkan atau dikongsikan bersama-sama...dan sekadar berkarat di dalam minda sendiri. Serba salah dan rasa terbeban pula apabila tidak dapat menurunkan dan berkongsi ilmu tersebut kerana di dalam diri ini sememangnya sudah sebati berjiwa pendidik.
Emm...pejam celik-pejam celik, rupanya sudah pun tiba masanya untuk Ramadhan Al-Mubarak meninggalkan kita. Sedihnya hati mengenangkan pemergian bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Mungkinkah saya berkesempatan untuk menemuinya kembali setahun lagi? Harap-harap panjang umur dapatlah merasai kemanisan bulan Ramadhan lagi...
Dalam sehari dua lagi umat islam akan menyambut hari kemenangan mereka setelah sebulan berjuang berpuasa. Maka dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali diri ini. Ampunkanlah saya sekiranya ada tersalah, tersilap, terkasar bahasa, tersalah gurauan sehingga melukakan hati anda semua tanpa saya sedari. Saya hanya manusia yang kerdil penuh dengan kesalahan yang memerlukan kemaafan.
Seperti 2 tahun yang lepas, kali ini pun saya masih tidak berpeluang untuk pulang untuk bersama-sama keluarga di kampung bagi meraikan hari yang penuh kegembiraan tersebut. Tidak mengapalah, ada perkara yang lebih penting yang perlu saya penuhi iaitu ketaatan kepada suami yang perlu bekerja di hari raya. Sedih dan rindu di hati hanya Allah SWT yang tahu...namun, semuanya bukan bermakna nokhtah terakhir bagi diri saya kerana jika ada masa lapang nanti, insyaAllah saya akan pulang juga suatu hari nanti...tidak semestinya hanya pulang di hari raya sahaja.
Bagi menyatakan perasaan hati ini, saya tujukan sebuah lagu yang cukup indah dan merdu bertepatan dengan kata hati ini buat semua...terutama ahli keluarga tersayang. Semoga apabila kalian mendengar lagu ini di hari raya nanti, maka teringatlah akan saya...Pesanan saya, berayalah seadanya dan berwaspadalah dalam kegembiraan tersebut. Jangan terlampau gembira hingga lupa diri pula ya!
Sekali lagi, SALAM AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...
AIR MATA SYAWAL...Siti Nurhaliza:
Sayu...Hati Ini Makin Sayu
Rindu...Terkenagkan Desa Permai
Wajah Ayah Bonda
Bermain Di Mata
Mengajak Ku Pulang Ke Desa
Di Hari Bahgia...Hari Raya
Lama Ku Tunggu
Bertemu Di Pagi Mulia
Namun Tidak Ke Sampaian
Air Mata Jatuh Berlinangan
Ku Ingin Berulang
Manisnya Bersama
Menyambut Hari Bahgia
Jarak Memisahkan
Rindu Pertemuan
Bilakah Hasrat Jadi Nyata
Duhai Ayah Bonda
Ampunkan Anakanda
Tak Dapat Beraya Bersama
Jauh Dari Mata
Dekat Dalam Jiwa
Teguh Kasihku Tidak Berubah.
Ikhlas dari;
Aiza Sharmimi dan keluarga.
(Mohd Nadhir, Nadhirah dan Nadhrah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan